Saturday, December 31, 2011

bacaan solawat minda tajdid : Solawat Tafrijiyah



اللَّهُمَّ صَلِّى صَلَوتًا كَامِلَة، وسَلِّمْ سَلاًمًا تَامًا عَلَى سيدنا محمدنِ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَد، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْقُرَب، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِج، وَتُنَالُ بهِ الرَّغَائِب، وَحُسْنُ الْخَوَاتِم، وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيم، وَعَلَى الهِ وصحبهِ فِي كُلِ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَك.


Ya Allah! Limpahkanlah   rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada   junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu   yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta   didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul   Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan   lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada   keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas   dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai   seluruh alam".



Selawat Nariyah disebut juga selawat   "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini   jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.   Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan   lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan   selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia   mampu.


Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan   dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau   di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah   dibaca sehingga 4,444 kali.


Kata Imam Addainuri Rahimahullah   sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11   kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan   mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang   membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT   hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala   peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut   Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari   setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan   mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi,   barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan   menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3.   Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan   terbuka beberapa rahsia ghaib.
4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444   KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat. 

Pantun Nasihat Minda Tajdid