Monday, January 16, 2012

pandangan ulama minda tajdid : amalan Sunnah sambut Maulid Nabi Muhammad saw







SAMBUTAN MAJLIS MAULID NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH SALAH SATU SYIAR ISLAM


_______________________________________________________________________________

Amalan menyambut maulid ialah amalan mulia dan baik olek seluruh
masyarakat Islam dari seluruh pelusuk Dunia Islam sejak zaman Tabiin hingga ke hari ini

Amalan Sambutan Maulid Nabi Berasal Dari Amalan Para Ulama’

Marilah kita merenung sejenak dan membaca pandangan-pandangan para ulama kita
yang menjadi pewaris para nabi mengenai harusnya menyambut Hari Keputraan nabi Muhammad saw antara nya ialah  :

1-Telah berkata Imam Syihabuddin Ahmad Ibnu Hajar Al-Haitami As-Syafie R.A
dalam kitabnya bernama : Ni’matul Kubra Alal Alam Fi Maulidi Saidi Waladi Adam,
dalam Bab : Faslun Fii Bayan Fadli Maulid Nabi Saw :

قال أبو بكر الصدیق رضى الله عنھ : من أنفق درھما على قراءة مولد النبى صلى
الله علیھ وسلم كان رفیقي في الجنة.
‘Telah berkata Saiyidina Abu Bakar As-Sidiq R.A : Sesiapa menaja satu dirham
bagi menggalakkan bacaan Maulid Nabi saw , adalah si penaja itu menjadi temanku
di syurga.
قال عمر رضى الله عنھ : من عظّم مولد النبى صلى الله علیھ وسلم فقد أحیا الإسلام .

‘Telah berkata Saiyidina Umar R.A : Sesiapa mengagungkan ( sambut ) maulid Nabi SAW maka sesungguhnya dia telah menghidupkan Islam
قال عثمان رضى الله عنھ : من أنفق درھما على قراءة مولد النبى صلى الله علیھ
وسلم فكأنما شھد غزوة بدر وحنین.

‘Telah berkata Saiyidina Usman R.A : Sesiapa menaja satu dirham bagi
menggalakkan bacaan Maulid Nabi saw maka seolah-olah dia telah berjuang dalam
peperangan Badr dan Hunain.’

قال علي رضى الله عنھ وكرم الله وجھھ : من عظّم مولد النبى صلى الله علیھ وسلم
وكان سببا لقراءتھ ، لا یخرج من الدنیا إلا بالإیمان ویدخل الجنة بغیر حساب.

‘Telah berkata Saiyidina Ali R.A & K.W : Segsiapa mengagungkan ( sambut )
maulid Nabi SAW dan menjadi sebab bagi bacaannya, tidak akan keluar dari dunia
melainkan dalam keimanan dan akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.

2- Dalam kitab Fiqih I’aanatul Tholibin karangan Sheikh Abu Bakar Syatta dalam
akhir bab Nikah-walimah tersebut : Telah berkata Imam Abu Said Al-Hasan Al-Basri
r.a. ( wafat 110hj , beliau termasuk dalam golongan tabi’in ,ulama salaf,.menurut
setengah riwayat beliau pernah berjumpa dengan Saiyidina Ali k.m.) :

وَدِدْتُ لو كان لي مثل جبل أُحُدٍ ذَھَبًا لأنفقھ على قراءة مولد الرسول

‘Aku bercita-cita jika aku mempunyai harta emas sebesar bukit Uhud akan aku nafkahkan untuk membaca Maulidur Rasul.’

3- Dari sumber kitab yang sama ( no: 2 ) telah berkata Sheikh Abu Mahfuz Ma’ruf bin
Fairuz Al-Karkhi r.a. seorang ulama tasauf pada zamannya ( wafat 200hj ) :

" من ھیّأ لأجل قراءة مولد الرسول طعاما وجمّع إخوانا وأوقد سراجا ولبس جدیدا
وتعطّر وتجمّل تعظیما لمولده ، حشره الله تعالى یوم القیامة مع الفرق الأولى من
النبیین و كان في أعلى علیین . ومن قرأ مولد الرسول صلى الله علیھ وسلم على
دراھم مسكوكة فضة كانت أو ذھبا وخلّط تلك الدراھم مع دراھم أخر وقعت فیھا
البركة ولا یفتقر صاحبھا ولا تفرغ یده ببركة مولد الرسول صلى الله علیھ وسلم."

Sesiapa menyiapkan bagi majlis maulid Nabi SAW jamuan, mengumpulkan
saudara-saudaranya, memasang pelita, memakai pakaian baru ( kemas & bersih ),
berwangian, bercantik-cantik kerana mengagungkan kelahirannya, Allah akan
bangkitkannya pada hari qiyamat bersama-sama barisan pertama dari golongan
para nabi dan dia akan berada di puncak syurga Illiyiin.

 Dan Sesiapa membaca maulid Nabi SAW keatas dirham ( siling ) emas atau perak dan dicampurkan dirham tersebut dengan dirham yang lain, tercipta satu keberkahan dari dirham tersebut sehingga pemilik wang tersebut tidak akan sekali-kali papa dan tidak akan kosong simpanannya oleh kerana berkah maulid Nabi SAW.’


No comments:

Post a Comment